
Jiha
6 tahun
Normalkah period lebih 15 hari?
hi dr, sy ingin bertanya, normal kan seorang wanita yg haid berpanjangan melebihi dari 15hari ??? disamping sekang ada mengambil injection perancang keluarga… saya ingin bertanya adakah normal atau injection perancang keluarga itu tidak serasi dengan badan??? terima kasih

6 tahun
Selamat sejahtera. Haid yang berpanjangan sebenarnya adalah tidak normal. Terdapat pelbagai sebab yang boleh mengakibatkan masalah ini dan antara sebab-sebab ini, ada yang serius dan memerlukan rawatan tetapi ada juga yang hanya perlu dipantau.
Betul bahawa haid yang berpanjangan ini kemungkinan adalah kesan sampingan daripada suntikan perancang keluarga yang telah anda terima. Untuk pengetahuan saudari, terdapat sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan haid berpanjangan seperti:
- Fibroid dan polip rahim
- Adenomyosis: Lapisan rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang luar biasa: Ia menyebabkan penebalan lapisan rahim anda dan menyebabkan pendarahan yang berpanjangan apabila lapisan ini dilepaskan. Masalah ini kerap berlaku sekitar menopaus dan akil baligh. Wanita dengan sindrom ovarium polikistik dan hipotiroidisme juga boleh mengalami masalah ovulasi
- Ubat seperti aspirin dan penipis darah
- Masalah pembekuan darah
- Endometriosis
- Kehamilan ektopik, keguguran
- Penyakit keradangan pelvik
- Adakalanya, sebabnya tidak diketahui
Kesan-kesan sampingan sebegini boleh mengambil masa untuk pulih. Tetapi adakalanya ia juga boleh berterusan sehingga menyebabkan kekurangan pendarahan yang melampau. Tanda-tanda amaran kekurangan darah termasuk pening kepala, pengsan, jantung berdebar-debar, kepucatan dan keletihan. Anda boleh memilih untuk memantau simptom-simptom anda terlebih dahulu tetapi, jika anda berasa risau, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

6 tahun
Salam sejahtera. Terdapat kemungkinan yang haid yang berpanjangan yang sedang anda alami ini adalah kesan sampingan daripada suntikan perancang keluarga yang baru anda dapati.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon progestogen yang bertindak mencegah kehamilan melalui penghalangan pelepasan telur (ovulasi), peningkatan sekatan mukus serviks bagi melambatkan sperma dan penipisan lapisan rahim untuk mengelakkan penanaman telur pada rahim.
Walau bagaimanapun, suntikan ini boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti penambahan berat badan, kesakitan payudara, perubahan mood dan sakit kepala. Gangguan haid seperti yang sedang anda alami juga merupakan salah satu kesan sampingan yang kerap berlaku. Pendarahan haid boleh menjadi lebih berat/ringan, tempoh haid boleh memendek/berpanjangan atau haid anda boleh terhenti. Masalah haid kerapkali berlaku dalam tempoh tahun pertama suntikan kontraseptif digunakan.
Biasanya masalah haid boleh beransur-ansur bertambah baik. Anda boleh memantau keadaan anda buat masa sekarang dan memberitahu doktor anda apabila mendapatkan suntikan yang seterusnya. Tetapi, jika berasa risau, anda boleh mendapatkan pemeriksaan yang lebuh lanjut. Doktor anda mungkin akan memeriksa anda untuk sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan haid yang berpanjangan.