
Sulit
4 tahun
Pada tumit kaki tumbuh kulit keras, ia jadi belubang dan gatal
Says berumur 16 tahun. Pada mulanya tumit kaki saya tumbuh biji tetapi apabila ia dibuang, ia hanya ada udara saja di dlm tu. Kelama-lamaan sekeliling nya jadi keras +sakit+gatal+membesar disekeliling tempat tu. Apabila saya berjalan, kaki saya jadi sakit sangat. Apabila malam, ia jadi gatal+bengkak seluruh tumit. Kalau saya terpijak tempat tidak rata, macam kena cucuk dengan lidi yg tajam. Ini penyakit ke? Benda ni berbahaya ke? Benda ni boleh berjangkit ke? Bahagian tu jgak cepat kebas. Mk saya cakap takut kena kencing manis. Tapi saya memang tak suka benda manis. Kena potong ke kaki saya ni? Benda ni saya boleh ke dirawat di rumah? Saya takut nk pergi klinik sbb takut kaki saya kena potong.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk ke klinik bagi pemeriksaan lanjut berkenaan kaki anda dan anda juga boleh membuat saringan ujian kesihatan. Sekiranya anda tidak ke klinik segera, dikhuatiri keadaan akan bertambah menjadi lebih teruk jika dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan awal. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.