
amiliz06
4 tahun
Pain killer after ceserean
Hai,isteri saya baru saja menjalani ceserean. Dia sering mengadu sakit, jadi saya ada simpanan tramadol…adakah selamat untuk dia jika saya beri tramadol bagi membantu mengurangkan kesakitan selepas pembedahannya? Baby masih lagi tidak menyusu badan kerana ditahan di ward…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang isteri anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kesakitan yang isteri anda alami boleh disebabkan oleh luka dalam belum sembuh dan kemungkinan fibrosis yang berlaku juga boleh menjejaskan saraf berdekatan. Tramadol adalah sejenis ubat tahan sakit,yang kadangkala digunakan untuk mengurangkan kesakitan luka bersalin. Namun, ianya memerlukan pengawasan yang lebih bagi ibu yang sedang/akan menyusui bayi atau individu dengan masalah kesihatan yang tertentu. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan isteri anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana kandungan ubat dipercayai boleh mempengaruhi kandungan susu ibu. Anda dinasihatkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor berkenaan gejala yang isteri anda alami. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih