sharmilahmike
4 tahun
Pampers anak ada warna kemerahan/pink beserta kencing
Anak perempuan saya berumur setahun sebulan, baru sembuh dari demam panas. Anak berak dengan najis sedikit kehitaman di awal pagi, kemudian beransur kepada najis biasa. Malam hari, saya mendapati pampers anak ada sedikit tompok kemerahan/pink beserta kencing, dua hari kebelakangan ini, kencing anak berwarna kuning pekat.
Persoalan saya, kenapa pampers anak ada sedikit kemerahan/pink ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Kuman pada salur kencing
- Batu karang
- Masalah buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi masalah diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.