Sulit
3 tahun
Panas badan, berpeluh dalam keadaan berkipas tanpa kenakan baju
Saya lelaki berumur 21 tahun. Saya berasa panas badan berpeluh tetapi dalam keadaan berkipas dan tidak mengenakan baju masih berasa panas, dan tiba2 tangan saya berasa terketar ketar dan badan terasa lemah. Boleh dapat penjelasan dgn segera
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat seperti:
- Jangkitan yang menyebabkan demam
- Hipertiroid
- Berada di dalam cuaca yang panas
- Makan makanan yang pedas
- Terlebih kafein
- Dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!