
Sulit
4 tahun
Pankreas bengkak dan sekarang mengalami jaundice
Saya baru di diagnose mengalami pankreas bengkak. Skrg masih dlm process makan ubat dan pengawalan permakanan harian seperti yg disyorkan oleh doc yg merawat. Perut semakin baik tetapi skrg sye mengalami jaundice… Mata, kulit dan air kencing menjadi kuning. Adakah ianya normal utk pesakit pankreas bengkak?mcm mane utk kurgkan jaundice tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Pankreas bengkak dan jaundis. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembedahan perut
- Minuman alkohol
- Ubat-ubatan tertentu
- Sistik Fibrosis
- Batu empedu
- Tahap kalsium yang tinggi dalam darah (hiperkalsemia), yang mungkin disebabkan oleh kelenjar paratiroid yang terlalu aktif (hiperparatiroidisme)
- Tahap trigliserida tinggi dalam darah (hipertrigliseridemia)
- Jangkitan
- Kecederaan pada perut
- Obesiti
- Barah pankreas
Antara sebab mengapa seseorang yang mempunyai masalah Pankreas boleh menyebabkan kepada Jaundis :
- Batu empedu.
- Kanser pankreas, apabila berlaku di dekat tiub yang menghubungkan pankreas ke usus.
- Pembengkakan kelenjar getah bening berhampiran saluran empedu.
- Kista pankreas.
- Halangan saluran pankreas lain seperti parut.
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih