
Anonymous
5 tahun
Paracetamol menjejaskan Period
Saya berumur 22 tahun. Saya mula didatangi period awal semasa berumur 11 tahun. Pada usia saya antara 13-15 tahun saya mengalami senggugut yang sangat teruk hampir setiap bulan dan makan paracetamol/panadol untuk melegakan nya. Kesan nya adalah pada usia sekarang period saya tetap datang tetapi sikit dan hanya tempoh 3 ke 5 hari sahaja. Dan sekarang saya alami masalah period seolah2 keluar dan tidak keluar. Tidak lancar. Sebagai contoh hari ni keluar sikit, keesokkan nya tidak keluar apa2. Seterus nya baru keluar. Adakah itu normal atau kesan saya makan paracetamol? Harap Dr dapat mmbantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Permasalahan anda bukanlah disebabkan oleh pengambilan paracetamol. Terdapat beberapa faktor kepadapermasalahan ini antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan dan sebagainya
Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi berbincang lanjut. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.