mimiramy93
6 tahun
Paras hormon progestron dalam badan rendah
Saya telah menjalani ujian hormon progestron pada hari ke 21 haid…paras hormon saya adalah tidak normal…terlalu rendah…apakah ubat yang boleh saya ambil untuk meningkat hormon progestron?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pengambilan Ubatan yang disarankan untuk meningkatkan hormon progesteron:
- pengambilan pil hormon (Duphaston, Provera)
- penggunaan krim luaran (Lumiglowz, Wild Yam)
- Suntikan Proluton - Menguatkan Rahim
Namun begitu, anda amat disarankan untuk berbincang dengan doktor bagi mendapatkan nasihat tentang ubatan yang sesuai untuk anda.
Selain itu, pengambilan makanan secara semulajadi juga membantu seperti :
- Tingkatkan pengambilan supplemen B6 (daging, hati, ginjal, ikan, lemak, kekacang)
- Pengambilan Vitamin C (Kiwi, brokoli, Strawberi, Oren, betik)
- Pengambilan Zinc (Ketam, Dark chocolate)
- Amalkan makanan yang kaya dengan Magnesium (Bayam, Labu, Bendi)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































