Sulit
5 tahun
Parut lama bekas accident
Saya wanita berumur 26 tahun dan masih belum berkahwin. Pada tahun 2003, sy telah mengalami kemalangan jalan raya. Masa tu sy darjah tiga. Patah kaki kiri bahagian pergelangan. 2 tulang kecil dan satu tulang utama di kaki yg sama. Kemalangan meninggalkan parut yang besar tapi parut tu telah ditampal kulit bahagian peha.
Kebelakangan ni sy perasan parut di kaki sering kena infection sehingga mengeluarkan nanah. Perkara ni berlanjutan sehingga 3-4 hari dan sy perasan ad lubang kecil di parut kaki. Lubang tu yg sering mengeluarkan cecair seperti nanah.
Berapa harini masalah ni berlanjutan. Kadang every week mesti jadi balik lepas luka lama kering. Saya perasan kaki start bengkak, kemerahan dan sedikit sakit. Apa saya perlu lakukan? Saya buntu sangat.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Folliculitis
- Abses/ nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































