
Sulit
4 tahun
Patah tulang bahu (proximal humerus fracture) closed fracture
Saya berusia lewat 20an dan baru seminggu dibuka simen pop selepas enam minggu memakainya. Saya ingin bertanya, adakah selepas dibuka simen, kawasan bahu masih akan rasa sengal dan sakit berhampiran dgn kawasan patah? Sebab apabila saya buat fisio tangan saya tak boleh angkat melebihi paras dada kerana berasa sakit. Saya mengalami sakit menyucuk sejak minggu ketiga memakai simen dan sekarang masih lagi terasa sakit menyucuk itu.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Umumnya, rawatan simen diperlukan agar:
- tulang yang patah boleh tumbuh kembali
- proses pertumbuhan tulang boleh berlaku tanpa gangguan pergerakan
- gangguan pergerakan boleh menyebabkan tulang baru tidak tumbuh dengan sempurna
Namun, kondisi bahu, tulang dan otot di daerah yang pernah disimen memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan persekitaran setelah sekian lama terkurung didalam plaster of paris atau fibreglass. Pesakit pasca rawatan imobalisasi / rawatan simen perlu mengetahui bahawa, rawatan itu akan menyebabkan otot pada daerah yang disimen - tidak terlalu digunakan sehingga - berlaku atrofi otot (baca: muscle atrophy). Hal ini boleh menyebabkan:
- otot menjadi kecil
- otot lebih mudah terasa sakit (i.e. mencucuk, sengal, dll.)
- otot tidak mampu memikul beban seperti sebelum disimen
- julat pergerakan tangan terbatas (baca: range of motion)
Harus difahamkan bahawa kesemua perkara diatas adalah normal buat sementara waktu, namun proses pemulihan untuk pulih sepenuhnya boleh dipercepatkan dengan menjalani rawatan & latihan fisio. Sekiranya sakit itu berterusan atau bertambah, sila hubungi dotor dengan kadar segera.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).