
Sulit
3 tahun
Payudara membengkak dan berat sudah hampir 2 minggu . check upt tapi negatif
Hai saya wanita dalam usia 20-an, baru sahaja berkahwin. Selepas period saya ada bersama suami dan selepas 1-2 minggu payudara saya terasa bengkak bermula dari sebelah kiri . Sakit dan terasa berat sehingga menyukarkan saya untuk baring dan melakukan pekerjaan. Saya juga merasa sangat sakit dibahagian pinggang sebelah kiri hingga ke kaki fan juga gatal dan nyeri di bahagian pusat. Saya ada buat upt guna kit difarmasi tapi result dia negatif. Payudara saya sudah membengkak hampir 2 minggu .Mengenai cycle haid saya ada masalah cycle kadang dtg 2 bulan sekali . Apakah punca dan kenapa payudara saya membengkak ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala payudara membesar dan bengkak, seperti:
- Cyclical breast pain (berkaitan dengan kitaran haid)
- Mastitis (radang payudara)
- Breast abscess (nanah payudara)
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Kanser payudara
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah payudara yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda dan juga doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Perubahan kulit sekitar payudara
- Terdapat ketulan pada payudara dan ketiak
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
- Puting berdarah dan bernanah
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.