
azzra_kamalrusmi
5 tahun
Payudara sakit and tak period 2 bulan
hye saya dah berkahwin , umur 25 tahu . Saya ada mengalami payudara sakit dan sudah tidak period dua bulan . Sebelom ni memang saya period tidak teratur . Tapi kali ni saya sering sakit payudara dan sudah 2 bulan tidak period . check upt tetap negatif . Apa patut saya buat ya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada payudara anda boleh disebabkan:
Sindrom pra-menstruasi
Pembengkakan payudara akibat: Saluran susu ibu yang tersumbat
Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera - seperti kayap
Kanser payudara
Gejala haid lewat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kehamilan
- Faktor umur - umur yang muda dan tua sering mengalami gangguan kitaran haid
- Anovulasi - tiada ovulasi, maka tiada haid pada bulan tersebut
- Berat badan - terlalu rendah atau tinggi
- Tekanan fizikal (seperti banyak bersukan) atau emosi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari atau ovum
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.