
Anonymous
6 tahun
Payudara sakit/bernanah
salam/ hai
saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin, saya mengalami masalah, di mana payudara saya, sekitar puting (tepi puting) bengkak dan sakit, benda ni akan berlaku sebulan skali, apabila sakit, keliling puting akan menjadi tegang dan sgt sakit apabila disentuh, puting akan tertarik ke dalam, baru-baru ini, keliling tu mengeluarkan nanah…selepas di picit, sakit mula hilang, dan tidak ada rasa sakit langsung…tetapi sebulan selepas tu, akan jadi lagi benda yg sama…sebelum ini, saya pernah ke klinik swasta, doktor kata, ia sekadar kulit di tepi dan cuma membekalkan sy antibiotik utk matikan kuman.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Antara punca payu dara bengkak, sakit dan bernanah adalah:
- Saluran susu ibu yang tersumbat /Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih