
Sulit
4 tahun
Payudara sakit selepas haid
Saya wanita berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mempunyai berat badan yang berlebihan dan keluarga saya tiada sejarah kanser payudara. Payudara saya biasanya sakit sebelum haid, tetapi berlanjutan walaupun haid sudah tamat dan berlaku lebih kerap.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, sakit payudara mempunyai pelbagai punca. Antaranya adalah:
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.