Sulit
2 tahun
Payudara terasa sakit dn berdenyut selepas bangun pagi
Saya wanita berusia 21 tahun,tlh berkahwin…saya mengalami sakit dan berdenyut pada payudara selepas bngun pagi…hmpir dikata kn setiap hari,tidak disentuh pun sakit…tetapi sye telah lewat haid…adakah saya bermasalah??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Cyclical breast pain , disebabkan hormon
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang tidak kami sebutkan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.