
Sulit
4 tahun
Pelincir Kondom Dan Kesan Kepada Ibu Menyusu
Salam Sejahtera DoctorOnCall, saya suami yang berusia 30 tahun dan isteri saya 27 tahun… nak tanya bab rancang kehamilan… sy dan isteri cadang nak rancang pakai kondom… tak kisah la jenama apa pun kan… yg saya risau sbb isteri sy masih menyusu anak… anak baru 3 bulan… jadi bila isteri bersalin… faraj jadi kering kan… kurang lembap jadi susah utk bersama walau pakai kondom… jadi sy berhasrat utk beli ky jelly (water based lube) or durex play lube or onecondom lube water based… but pada kotak ky jelly ada tulis not suitable for breastfeeding mommy… itulah yg sy risau nak pakai pada kondom… risau nnt ada kesan terhadap anak yang menyusu badan… nnt serap masuk pada kulit isteri sy jgk kan?
ada suggestion tak saya patut beli lubricant jenis apa? kalau nak pakai minyak zaitun pada kondom seperti yang doktor-doktor lain pernah terang… ada org kata tak sesuai… sbb dia minyak nnt kondom cepat koyak…
sy teringin guna pelincir oasis jenama onecondom sbb water based dan paraben free tp ada glycerin… ada org kata glycerin boleh menyebabkan jangkitan kulat dlm faraj pulak… betukah?
one more isteri sy mintak check dgn doktor pakai kondom kan dah mmg ada pelincir sedia ada pada kondom tersebut… seperti kondom yang extra lubricant… bahaya tak utk isteri sy yg menyusu badan jika saya guna kondom jenis extra lube?
lagi satu kalau kami guna pelincir silicon pada condom bahaya tak utk isteri sy yg menyusu ?
Mohon jasa doktor untuk menjawab sebab sy dan isteri memang setuju tak mahu ambil pil perancang… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ibu yang menyusu mengalami kekeringan faraj dan memang memerlukan pelincir untuk mengelakkan hubungan seks yang sakit. Anda disarankan untuk menggunakan pelincir yang berasaskan air. Pelincir jenis ini memang mudah diserap ke dalam badan wanita dan perlu ditambah-tambah penggunaannya. Anda cuma perlu mencari pelincir yang tiada parabens dan glycerin kerana ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kulat. Pelincir silicon dipercayai mempunyai bahan kimia cyclomethicone, cyclopentasiloxane dan cyclotetrasiloxane yang boleh menyebabkan kanser rahim dalam jangka masa panjang. Minyak memang tidak disarankan kerana ini akan menyebabkan kondom anda bocor. Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran yang memang mempunyai pelincir sedia ada, namun periksa lagi untuk bahan kimia yang dinyatakan di atas.
Kaedah perancangan keluarga tidak terhad kepada pil sahaja. Terdapat kaedah lain seperti suntikan perancang, vaginal ring, hormonal patch dan lain-lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.