
Sulit
4 tahun
Peluang untuk pregnant for thyroid person
Hi, saya didiagnose Follicular Thyroid since i was 19yo. 2 kali operate untuk remove total thyroid gland. 2 kali treatment radioiodine. follow up dgn hospital, 6 bulan sekali and ubat thyroxine 150mg per day. before ni sebelum saya operate saya pernah tanya doc chances saya untuk preggy macam mana and dia saya masih muda dan ada peluang. this year i just got married, planning untuk pregnant. tp saya tak ambik any supplement macam acid folic and so on. sebab saya takut. doc boleh bantu beri pencerahan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Asid folik adalah sejenis vitamin B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan untuk membantu kehamilan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Anda digalakkan untuk mengambilnya sebelum mengandung lagi
Wanita yang menghidap penyakit hipertiroid boleh mengandung. Walau bagaimanapun, penyakit hipertiroid boleh menghalang ovulasi (pelepasan telur dari ovari) dan mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur. Dengan ovulasi yang tidak dapat dijangkakan, pesakit hipertiroid berpotensi mengalami kesusahan untuk menjadi hamil.
Masa terbaik untuk hamil adalah apabila hormon tiroid berada pada tahap yang optimum. Maksudnya, hipertiroid anda harus dikawal dengan baik terlebih dahulu sebelum hamil.
Propylthiouracil adalah ubat pilihan apabila anda sedang cuba hamil dan dalam tiga bulan pertama kehamilan.
Risiko yang dihadapi wanita hamil yang mempunyai hiptertiroid tidak terkawal termasuk keguguran, kematian janin serta risiko bagi penyakit-penyakit seperti kegagalan jantung, preeklampsia dan “thyroid storm”. Risiko kepada janin pula ialah hipertiroid janin, masalah pertumbuhan di dalam rahim, kelahiran tidak cukup bulan atau kecacatan.
Oleh itu, pesakit hipertiroid patut menerima kaunseling pra-kehamilan bagi menentukan rawatan terbaik untuk mengawal tahap tiroid, menerima maklumat mengenai kesan hipertiroid kepada anak dan untuk belajar tentang risiko-risiko ketika hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.