
Sulit
3 tahun
Pelupa atau Hilang ingatan sementara
Apa khabar?Saya seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun.Saya selalu terlupa atau hilang ingatan sementara.Kadang kadang bila bercakap ada orang potong saya terus terlupa perkara yang saya nak cakap.Selain itu,Saya juga terlupa melakukan perkara yang disuruh.Contohnya,mak saya suruh buat sesuatu kerja .Saya akan lupa lalu tak de orang ingat kan.Dan kadang kadang saya tak ingat mana saya letak barang barang saya.Perkara ni kadang kadang menggangu hidup saya .Kadang kadang kalau terlupa dia ada masa ingat balik .Ada masa dia tak ingat langsung.Dakah saya ini mempunyai penyakit.Atau cara untuk tangani.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba membantu anda
Untuk pengetahuan anda, pelbagai keadaan/ penyakit boleh menyebabkan masalah ingatan, termasuklah:
- Masalah ingatan disebabkan oleh proses penuaan
- Masalah ingatan berkaitan dengan penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer, angin ahmar, penyakit Parkinson dan penyakit lain yang berkaitan
- Masalah ingatan disebabkan oleh keadaan/ penyakit yang boleh dirawat
Masalah ingatan disebabkan oleh penyakit yang boleh dirawati
Sesetengah masalah perubatan yang boleh dirawati juga menyebabkan masalah ingatan atau gejala demensia. Kebanyakan penyakit ini boleh dikesan dan dirawati dengan berjayanya. Penyebab-penyebab masalah ingatan yang boleh dirawati adalah seperti:
- Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
- Kekurangan vitamin B-12
- Pengambilan alkohol secara berpanjangan
- Kecederaan otak
- Ketumbuhan, jangkitan atau darah beku pada otak
- Hipotiroidism
- Masalah emosi seperti kemurungan, stres dan keresahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.