Sulit
3 tahun
Pembentukkan tulang patah selepas jatuh
nenek saya berusia 72 tahun,nenek saya terjatuh ketika masuk bila air, tulang bahagian punggung kanan dan peha kanan patah apabila mendapati keputusan x-ray. setelah menjalani rawatan saya mendapati nenek saya lambat untuk berjalan,blh kah saya tahu pembentukkan tulang itu masihkah berlaku ketika usia melebihi 30 tahun.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh ahli keluarga anda. Namun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kesihatan tulang yang lebih baik? Dapatkan bantuan dari suplemen disini.
Umumnya, pembentukan tulang akan menjadi semakin perlahan dan mengambil masa apabila individu meningkat usia. Ditambah lagi dengan faktor kelamin, hormon tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, proses pembentukan tulang pada nenek anda mungkin akan mengambil waktu yang lebih lama. Walau bagaimanapun saya menyarankan nenek anda untuk tetap berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian yang lebih lanjut dan rawatan susulan sekiranya terdapat komplikasi daripada kondisi tulang yang patah tempoh hari.
Inginkan penjelasan dengan lebih lanjut? Pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.