
Sulit
4 tahun
Pembuangan air besar
Saya berumur 20an…saya ingin bertanya jika membuang air besar najis yg sering keluar dulu adalah najis kecil dalam sebesar syiling dan baru diikuti dengan najis biasa adakah ianya normal?..tidak mengalami sebarang masalah seperti kesakitan ataupun sembelit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Berdasarkan kenyataan anda, adalah normal untuk membuang najis seperti yang dikatakan oleh anda sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala. Namun begitu, sila pantau keadaan anda dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda menunjukkan sebarang gejala yang disebutkan di bawah:
- Perubahan dalam kekerapan membuang najis
- Najis yang kecil dan keras
- Sembelit atau cirit-birit
- Najis berdarah dan/atau berlendir
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
- Sering sakit perut
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.