Sulit

3 tahun

Pemeriksaan awal kanser payudara disebabkan keturunan

Assalamualaikum doktor . Saya nak bertanya . Bagaimana saya mahu merujuk kepada hospital untuk membuat pemeriksaan awal tentang kanser payudara sebab arwah mak saya dulu seorang penghidap kanser payudara . Saya berumur 21 dan saya seorang pelajar.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kanser payudara. Terlebih dahulu saya memuji sikap mengambil berat anda tentang risiko kanser payudara.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk melakukan saringan kanser payudara di klinik:

  • Pemeriksaan Payudara secara klinikal
  • Mamogram
  • Ultrasound

Untuk pemeriksaan mamogram, terdapat dua kumpulan mengikut kriteria masing masing:

  1. Kumpulan A (mempunyai salah satu kriteria berikut):
  • Mempunyai keluarga menghidap kanser payudara
  • Membawa mutasi geneti BRCA1 dan BRCA2
  • Pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara

Untuk kumpulan ini, saringan mamogram perlu dijalankan setiap tahun bermula tidak kurang daripada 25 tahun.

  1. Kumpulan B (mempunyai sekurang-kurangnya dua kriteria berikut):
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun
  • Haid pertama berusia kurang pada 12 tahun
  • Menopaus berusia lebih 50 tahun
  • Menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT)
  • Obes atau body mass index > 27.5

Untuk kumpulan ini pula, perlu menjalani ujian saringan setiap dua tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang klinik yang berada di bawah LPPKN.

Selain daripada saringan di hospital, anda juga boleh membuat pemeriksaan sendiri payudara(PSP)
yang merangkumi 5 langkah berikut:

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Ujian PSP dinasihatkan untuk dilakukan sebulan sekali. Waktu yang sesuai ialah 7-10 hari selepas haid.

Dapatkan kesihatan wanita yang maksimum demi kesejahteraan anda !

Sekiranya anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Saya menasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan untuk dirujuk kepada klinik yang lebih berpakar atau anda sendiri boleh menghubungi klinik di bawah senarai LPPKN untuk mendapatkan konsultasi, kelayakan untuk mamogram dan langkah lebih lanjut daripada pakar yang bertauliah. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_85826198

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)