herokeyystopper
6 tahun
Pemeriksaan kaunseling
sy lelaki berumur 20’an. sy nk brtanya doktor. jika individu ada mengambil eramin 5 , pil psikotorik, ubat batuk @ ketum. berapa lama tempoh ia kekal dlm darah dan urine test ?. . soalan kedua : jika individu itu tidak lgi mengambil brg yg disenaraikan itu contoh nya sminggu, dua minggu tidak mngambil barang terlarang itu adakah ia akan masih kekal dlm darah dan urine ? jika melakukan check up darah dan urine test di klinik atau hospital adakah doktor dapat mengesan wlaupun pemgambilan brg terlarang itu sudah tidak diambil.urine clear tapi bab darah sy tidak tahu. pertanyaan sy ini ialah kerana sy mndapat kerja tapi pihak syarikat memerlukan butiran tentang keadaan darah dan urine utk dilihat oleh pihak syarikat. terima kasih doktor ats keprihatinan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat ini adalah merupakan ubat yang terlarang di Malaysia. Ia adalah dilarang kerana pengambilan ubat ini boleh membawa banyak kesan buruk terutamanya merosakkan sel otak dan membahayakan nyawa anda.
Merujuk kepada pertanyaan anda, sebetulnya sukar untuk ditentukan tempoh keberadaan ubat dalam air kencing mahupun darah. Hal ini kerana ia adalah tergantung kepada kuantiti, berapa lama anda telah mengambilnya serta metabolisme tubuh anda. Secara umum, ubat ini akan diserap di usus dan kemudian bersirkulasi dalam tubuh melalui hati sebelum ke buah pinggang menjadi air kencing. Oleh kerana penyerapan ubat ini adalah tinggi, kemungkinan untuk tinggal dalam tubuh semakin tinggi. Justeru, kami tidak boleh memberi kepastian tentang tempoh keberadaan ubat dalam tubuh memandangkan tiada kajian yang tepat serta maklumat yang belum lengkap.
Disamping itu, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan kembali pilihan anda dalam pengambilan ubat-ubatan tersebut. Silakan untuk mendapatkan bantuan menghubungi AADK ataupun kaunseling. Untuk info dan maklumat lanjut, klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































