Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Penawar stroke ……

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 2, 2019 5:06 AM

fitrirazak98 8 bulan

Menghidap stroke bahagian tubuh belah kiri apa patut dilakukan selepas itu . Stroke ini makan masa berapa lama untuk pulih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stroke adalah sejenis kerosakan otak yang terjadi akibat terhentinya aliran darah dan oksigen ke otak akibat adanya sumbatan ataupun akibat adanya saluran darah yang pecah. Apabila seseorang itu terkena stroke di satu sisi otak, bahagian tubuh yang dikontrol oleh otak tersebut akan terkena kesannya. Ini menyebabkan pesakit hilang keupayaan motorik iaitu kebolehan untuk menggerakkan semua bahagian tubuh di sisi tersebut.

Harus diingatkan bahawa proses penyembuhan stroke tidak mengambil masa yang sekejap. Tergantung kepada tahap keparahan kerosakan yang terjadi, perbaikannya mengambil masa bertahun-tahun, minimum setahun. Justeru, nasihat saya adalah agar tuan mematuhi arahan pengubatan daripada pihak hospital dan doktor seperti memakan ubat, jaga tekanan darah dan kandungan kolesterol serta rutin menghadiri sesi rehabilitasi seperti fisoterapi, terapi pekerjaan, terapi percakapan dan sebagainya. Dalam usaha mempercepat penyembuhan, terdapat pusat kesihatan yang menyediakan terapi secara intensif selama beberapa minggu.

Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Nov 02 2019 05:06:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Pernah kena minor stroke, Telah pulih sepenuhnya… tapi ingin bertanya tentang pengambil ubat… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Suami pesakit stroke Doktor, suami saya adalah pesakit storke, dia kena stroke pada april 2019 akibat dari darah tinggi dan kolestrol. Berat badan dia ialah 150kg sebelum kena stroke.sekarang dia dah boleh jalan, ta… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Tanda tanda awal stoke Isteri saya mulut nampak jatuh.adakah tanda2 stoke?ape perlu saya buat Baca lagi...
5 bulan
matdan
Bagaimana merawat ayah saya yang kena strok Salam, hai doktor. Bapa saya telah diserang strok dan lumpuh ketika ini. Boleh saya tahu bagaimana hendak merawat ayah saya? Adakah saya juga berisiko diserang strok? Baca lagi...
17 bulan
Anonymous
Sakit kepala dan strok Sy berumur 43 thn…sy kene stroke umur 40thn…dr segi fizikal sy ok…boleh bermain badminton cuma sy rase pening di kepala tidak hilang sejak 3thn dulu…rase sakit ni bergerak-gerak(kadang2 rase sakit di … Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi