Sulit
2 tahun
Pendaftaran vaksin covid 19
Salam sejahtera, saya wanita berumur 37 tahun, sekarang ada sakit psoriasis. Dan saya pernah menghidapi asthma dari umur belasan sehingga 20an (biasa tidak acute), tapi boleh dianggap bebas asthma dalam tempoh 10 tahun terakhir ini… Soalan saya, dalam pendaftaran vaccine covid19, patutkah saya declare penyakit asthma ni dalam sejarah saya? Kondisi saya sekarang ialah overweight/tidak fit. Terima kasih doc.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Ya, anda perlu menyatakan tentang sejarah gangguan asthma anda semasa mendaftar vakcin COVID-19.
Tambahan lagi, berdasarkan informasi terkini, sekiranya anda mempunyai sejarah gangguan asthma, pengambilan vaksin anda boleh dipertimbangkan. Justeru sila lapor ke doktor atau pusat rawatan anda sesegera mungkin. Yang jelas, demam yang tinggi lazimnya merupakan salah satu kontraindikasi pemberian vaksin pada tubuh.
Maka dengan itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini