Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pendarahan otak ( sebab boleh terjadi pendarahan otak)

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Februari 22, 2020 7:29 AM

Sulit 40 hari

Anak saya berusia 7b. Pengsan secara tiba-tiba.mengalami pendarahan dalam otak.bengkak otak. Retina mata. Tulang spinal. Sudah meninggal dunia. Adakah ini disebabkan AVM? Adakah AVM boleh menyerang bayi?

Dr Sashini Seeni 40 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, AVM adalah juga dikenali sebagai Arterio-Venous Malformation yang mana bermaksud disini terdapat keanehan pada pembentukan saluran darah di otak.

Penyakit ini tidak “menyerang” sesiapa memandangkan ia bukan penyakit berjangkit. AVM adalah penyakit kongenital yang mana bermaksud ia adalah penyakit yang timbul sejak lahir. Pada AVM, terdapat saluran darah yang membesar dan juga yang mengecil sehingga menyebabkan terjadinya pelbagai masalah pada saluran darah. Memandangkan saluran darah boleh temukan dari otak, belakang mata, tulang dan sebagainya, masalah AVM boleh menyebabkan keluhan yang pelbagai seperti perdarahan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk bayi anda ke doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Feb 22 2020 07:29:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Mengandung janin dysplastic kidney berumur 33 thn dan mengandung kembar, weeks 22. doc baru sahkan 1 bayi ada masalah dysplastic kidney pada sebelah kiri dan kanan membengkak. saya nak tahu supplement atau vitamin yang saya boleh… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Skin tag pada lubang punggung anak Anak saya 2 tahun… dan mempunyai masalah utk membuang air besar… bermacam jenis susu dah tukar, dah kurgkan pengambilan susu formula, dan tingkatkan pengambilan sayur dan buahan dalam dietnya… t… Baca lagi...
6 jam
Sulit
Anak cirit birit dan kelihatan darah. Masih aktif dan masih bermain dengan abangnya sofea 1y11m @5th april ni nanti. Still fully bf 26hb - dia cirit2 dan demam. Ada muntah sekali 27hb sampai 29hb- sy bawa pi klinik swasta, doc suspect food poisoning. Still demam dan cirit2. B… Baca lagi...
33 jam
eyqamuchi
Tahi mata banyak ketika batuk dan selsema Hi doctor. Anak saya sedang mengalami selsema dan batuk. Yang membimbangkan saya, tahi mata dia jadi tidak berhenti keluar. Lepas lap pun akan ada lagi. Warna kuning macamtu. Kalau bangun tidur pulak … Baca lagi...
30 hari
Sulit
Testis anak 2 tahun bengkak Anak lelaki saya berumur hampir dua tahun … dah dua hari sy tgk ada bengkak di kawasan testis, tapi anak tak nampak mcm sakit di kawasan tu… Baca lagi...
35 jam
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy