Sulit
5 tahun
Pendarahan sebelum ovulasi
Hai doc!
Saya mengalami sedikit pendarahan pada hari ke 11 kitaran haid saya.
Saya keliru adakah ia sisa darah haid saya atau pendarahan ovulasi sedangkan haid saya sudah kering pada hari ke 6 kitaran haid saya manakala anggaran tarikh ovulasi ialah pada hari ke 16.
Saya juga menggunakan OPK test strip dan ujian tersebut tidak menunjukkan tanda yang saya sedang subur/ovulasi.
Harap doc dapat memberikan sedikit penerangan tentang isu ini.
Terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala yang disebutkan, seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























