
natashanurul412
5 tahun
Pendarahan selepas berhubungan intim ketika hamil
saya wanita berusia 19 tahun, saya pregnang, kandungan janin saya seusia 12 week, jadi saya ingin menanya kan kepada doktor tentang masalah saya mengalami pendarahan ketika berhubungan intim bersama suami saya lalu saya dapati ada darah, tapi tidak banyak, dan saya menunggu berapa jam kemudian darah itu tiada tetapi ia didapati flek sedikit warna darah kecoklatan pada seluar dalam saya, jadi apa pendapat doktor tentang masalah yang saya hadapi ini adakah bahaya atau tidak pada janin saya, tetapi saya tiada rasa sakit sekalipon selepas berhubungan intim. terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya adalah tidak digalakkan untuk mengadakan perhubungan seks semasa trimester yang pertama (Minggu pertama – 12) kerana ia boleh menggangu proses implantasi.Namun begitu terdapat beberapa punca yang lain yang boleh menyebabkan hal ini. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih