
Sulit
3 tahun
Pendararahan awal hamil
Sya umur 36 tahun hamil 7 weeks tp turun darah coklat2 …lepastu turun warna merah

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mengalami perdarahan berwarna coklat dan merah sementara hamil 7 minggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan puan, perdarahan yang berlaku sepanjang kehamilan merupakan sesuatu yang tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor segera bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan.
Umumnya perdarahan yang berlaku sepanjang kehamilan boleh disebabkan oleh trauma atau radang pada kelamin. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti
- kemungkinan gugur (threatened miscarriage)
- keguguran
- kehamilan anggur
Oleh itu, anda disarankan untuk segera ke hospital secepat mungkin bagi pemeriksaan dan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.