
adilah6681
4 tahun
Penderma buah pinggang
Hai, saya ada beberapa soalan berkenaan dengan menderma buah pinggang. pertama, apa kriteria untuk seseorang penderma yang ingin menderma buah pinggang? kedua, apa kesan jangka panjang dan pendek terhadap individu yang mendermakan buah pinggang? adakah dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa atau perlu bergantung kepada ubat memandangkan buah pinggang ada satu? ketiga, saya wanita berumur 20an dan belum berkahwin. sekiranya saya mendermakan salah satu buah pinggang, adakah ianya akan memberi kesan untuk saya mengandung kelak?
Terima kasih atas keprihatinan Doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Prosedur menderma buah pinggang adalah kompleks dan seseorang itu perlu menjalani beberapa ujian untuk menentukan kesesuaian sebagai penderma. Setiap prosedur juga sudah tentu mempunyai kesan sampingan, begitu juga dengan pendermaan organ seperti ini. Kebanyakan penderma buah pinggang boleh hidup dengan normal dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Namun begitu, bagi maklumat lanjut dan mendalam tentang prosedur ini, sila dapatkan nasihat daripada doktor.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.