
Sulit
4 tahun
Penerangan tentang ubat doxycycline
Hi, saya sudah setahun lebih berkahwin dan masih belum dkurniakan zuriat. Baru2 ini saya ada berjumpa doktor untuk mndapatkan rawatan dan nasihat. Lepas dktor dah scan die kata rahim saya semua okay takde masalah apa2. Cume yg saya pelik die bekalkan saya dgn ubat Doxycycline 100mg utk saya dn suami makan. Takpe ke mkn ubat tuu klu kami tgh ikhtiar untuk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat itu merupakan antibiotik. Pihak kami tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat kesimpulan mengapa ubat tersebut diberikan serta tidak melakukan pemeriksaan ke atas anda.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda kenapa diberikan ubat tersebut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat Terima kasih.