Sulit
3 tahun
Pengambilan acid folic adakah bagus?
sy akan berkahwin dalam tempoh lebih kurang 2 minggu lagi , kawan kawan mencadangkan saya untuk mengambil acid folic sebelum berkahwin .tetapi saya jenis takut untuk makan pil atau unatan . Adakah bagus acid folic untuk kehidupan harian dan apa sebenrnya fungsi acid folic ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda ajukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil folic acid disarankan pengambilannya bagi wanita yang ingin merancang kehamilan. Tempoh yang bagus untuk wanita mengambil pil ini ialah setiap hari selama 3 bulan sebelum mengandung dan sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kecacatan fizikal seperti spina bifida pada bayi dalam kandungan.
Folic asid adalah suplement yang penting bagi wanita terutamanya apabila ingin merancang kehamilan. Terdapat wanita yang agak sukar mengambilnya, namun terdapat belbagai bentuk dan jenis suplement ini terdapat di pasaran. Anda boleh bertanya kepada pegawai farmasi atau sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih