
Anonymous
6 tahun
Pengambilan berocca bagi pesakit darah tinggi
Saya ingin bertanya mengenai pengambilan tablet berocca untuk ibu saya yang mengidap penyakit darah tinggi.
Adakah boleh atau tidak boleh ?
Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Berocca merupakan multivitamin untuk meningkatkan stamina dan keletihan. Berocca harus berhati-hati kepada ibu mengandung/menyusu, allergi kepada Berocca atau mengambil herba. Untuk orang darah tinggi adalah tidak bahaya, namun perlu diambil mengikut dos, dan mendapat nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih