
Sulit
2 tahun
Pengambilan duphaston
salam sejahtera doktor,
saya wanita berusia 31tahun dan telah berkahwin selama 7tahun. saya juga pernah mengalami keguguran pada tahun lalu. kini saya tidak mempunyai anak kerana selepas keguguran tersebut saya mengambil pil perancang untuk merancang kehamilan selama 5tahun bagi menghabiskan pengajian saya. sekarang saya bersedia untuk hamil dan selalu mengalami masalah pendarahan setelah mengangkat barang berat. doktor, adakah rahim saya tidak kuat? dan perlu ambil ubat duphaston?. saya sudah tidak makan pil perancang 5bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pihak saya bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Namun begitu, bagi mengetahui punca pendarahan yang anda alami, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan bagi mendapatkan kesimpulan yang tepat.
Maklumat yang anda berikan tidak cukup untuk kami membuat kesimpulan. Masalah pendarahan tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti masalah struktur rahim, masalah mekanisma pembekuan darah dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.