
Sulit
4 tahun
Pengambilan ijection perancang(depo)
Sy da ambik pil perancang dlm bulan 10 tpi lupa brape arinblan…n sy da buat check up untk sbln ccuk depo 26/11/2020…mse sy period dah 3(23/11/2020)period dtg tpi smpi skrg sy still peiod…contohnye mcm period dah abis n ble bersama ngan suami lpas 2 period balik…sy nk tya adkah 2 normal.N mcm nielh mcm lau period dah abis ble sy bersama ngan suami lpas kuar darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan injeksi depo.
Saya kurang memahami akan kenyataan yang anda berikan. Sebaiknya anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan suntikan depo adalah pendarahan yang berpanjangan, tidak datang haid atau spotting. Kesan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Terdapat kemungkinan pendarahan yang anda alami adalah disebabkan oleh kesan suntikan tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.