Sulit
4 tahun
Pengambilan pertama kali pil perancang yasmin
assalamualaikum dktr , saya ingin bertanya bagaimana kah cara pengambilan pil perancang yasmin pertama kali , adakah semasa haid saya perlu mengambil jgk pil tu , sebab hanya ada 21 tblet sahj .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Puan bertanyakan tentang cara menggunakan pil perancang yasmin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang yasmin yang mengandungi 21 pil diambil selama 21 hari sahaja. Kemudian anda mempunyai 7 hari rehat atau “breakthrough” pill di mana pada 7 hari ini anda akan datang haid. Ambil pil pada pek seterusnya selepas 7 hari walaupun anda masih haid.
Sila rujuk doktor jika anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang pil ini.
Di harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.




































