Sulit
4 tahun
Pengambilan pil postinor 2 dan ada pendarahan
Hai doc, pada bulan lalu iaitu Dec 2019, saya datang bulan dari 15hb hingga 22hb, selepas tarikh itu ada hubungan kelamin menggunakan kondom yang berlaku antara saya dan pasangan, namun kerana khuwatir ada air mani yang terlepas sedangkan pasangan memakai kondom, saya masih mengambil postinor2 dan didapati 3 hari selepas itu saya mengalami pendarahan dimana ianya merupakan pada 30hb sehingga 2hb Jan 2020, iaitu 4 hari. Kemudian, pada 2hb yang lalu itu juga, kami ada melakukan blowjob, dan ketika saya hendak membuang air mani yang terdapat didalam mulut, saya terbuang air mani itu ke peha saya dan ketika itu saya tidak memakai sebarang pakaian dan saya khuwatiri sekiranya air mani tersebut terkena area vagina. namun, pada ketika itu juga, saya terus mencuci air mani tersebut. Adakah sperma masih boleh menempel di rahim jika berlaku keadaan seperti ini, dan adakah kehamilan boleh berlaku?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pendarahan selepas pengambilan pil perancang akan mengambil masa beberapa hari. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk membuat urine pregnancy test juka 3 minggu tiada haid kerana kemungkinan Postinor tidak berkesan untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.