Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pengambilan Piroxicam 191.2mg dan Meloxicam 7.5mg seawal 3 minggu kehamilan

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 23, 2020 1:13 AM

Sulit 31 hari

Salam Dr. Saya baru mengetahui saya telah hamil 4 minggu mengikut tarikh last period. Tetapi pada minggu yang lalu saya telah termakan ubat tahan sakit kerana mengalami kecederaan pada kaki semenjak sebelum hamil lagi. Dr telah menukar ubat tahan sakit saya jenis paracetamol kepada piroxicam dan meloxicam dan saya hanya ambil jika terlalu sakit. Saya telah membaca kesan pengambilan dua jenis ubatan ini kepada kandungan. Adakah masalah kecacatan pada kandungan boleh dielakkan dan apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan bagi mengurangkan risiko kepada kandungan saya. Terima kasih

Dr Sri Viknarajan 31 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Piroxicam dan Meloxicam adalah sejenis ubat tergolong dalam kumpulan NSAIDs (Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Secara amnya, ubat NSAIDs tidak sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung kerana mampu menyebabkan risiko kecacatan kepada janin. Sebagai contoh, Meloxicam mampu menyebabkan kerosakan kepada struktur jantung janin. Seeloknya, anda berhenti mengambil ubat-ubat ini terus dan berhubung dengan mana mana doktor berdekatan untuk mengambil ubat tahan sakit yang sesuai diambil oleh wanita mengandung.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 01:13:21 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Penggunaan ubat untuk budak 2 tahun Hi. anak sy baru 2 hari sakit batuk. Batuk menjadi lebih kuat pada waktu malam. Jadi sy ke farmasi & pihak sana memberi ubat Allavin Expectorant (Batuk) & Antismine Syrup (Selesma). Puas sy goog… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Folic Acid Yang Paling Bagus Hi doc, terdapat banyak jenama folic acid dekat luar. Tapi sy nak tahu jenama folic acid yang paling bagus dan disarankan oleh doc? Boleh ke ambil folic asid dan supplement lain seperti himalaya… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Anti Tibi - Isoniazid 100mg Assalammualaikum /salam sejahtera doc… Sy br dibekalkan dengan ubat anti tibi (isoniazid 100mg) dan dimaklumkan perlu ambil within 6 months untuk prevent tibi. Sy agak kurang jelas dgn pegambil… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Kesan rowatinex untuk wanita diawal kehamilan Hi Dr…saya nak tanya kesan pengambilan ubat pemecah batu karang (rowatinex) untuk wanita dalam tempoh awal kehamilan…selamat atau tidak ? Baca lagi...
13 hari
Sulit
Cara tingkatkan hormon testosteron secara semula jadi ke dalam badan lelaki tanpa menggunakan kaedah suntikan di klinik atau di hospital Salam doktor,hari tu saya ada bertanyakan kepada doktor mengenai suntikan hormon testosteron,dan terima kasih atas jawapan doktor tersebut,jadi soalan saya sekarang pula ialah,macam mana say nak… Baca lagi...
18 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!