
Sulit
5 tahun
Pengambilan postinor 2 dan spotted
Saya telah melakukan hubungan bersama suami…tiada pancutan dalam untuk keselamatan sy makan postinor 2 1 biji selepas bersama 1 biji lg 10 ke 11 jam bersama, 3 hari lepas hnya spotted je turun kelander period da menunjuk kan sy lewat 1 hari… adakah postinor boleh menyebab kan hamil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan darah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Kesan pengambilan postinor 2
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.