
Sulit
2 tahun
Pengambilan supplement untuk ibu yang menyusui bayinya
Saya ingin bertanya adakah boleh seorang ibu yang menyusui bayinya yg berusia 6 bulan mengambil supplement Redoxon Vita Guard?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan suplemen yang dinyatakan tidak mempunyai larangan bagi ibu yang menyusukan anak dengan syarat ianya mestilah diambil mengikut dos yang dibenarkan dalam sehari dan tidak melebihinya. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang suplemen ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan. Sekian.