Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat xanax
Saya dah berjumpa dengan dr dan mengambil ubat xanax tapi saya ambil bila perlu harini sebelum berbuka saya terkena serangan gelisah takut mati dan mengambil ubat 2 kali maghrib dan waktu sahur
Adakah ia selmat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun disebabkan kami tidak mempunyai maklumat lengkap tentang kesihatan anda, sukar untuk kami memberikan kesimpulan dalam hal ini. Dos setiap pesakit adalah berbeza dan ditetapkan mengikut penilaian kesihatan pesakit.
Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan jika anda mengalami simptom seperti:
- Mengantuk
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Mulut kering
- Cirit birit atau sembelit
- Loya atau muntah
- Jantung berdegup laju
- Tekanan darah rendah
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.