Sulit
4 tahun
Penilaian kesihatan oleh.doktor
Saya mendapat panggilan bagi penilaian kesihatan setelah.kuarantin selama 10 hari kerana kes kontak positif. Adakh saya akan menjalani swab test ketika penilaian
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sekiranya anda mempunyai kontak positif, kadar kemungkinan untuk anda mempunyai jangkitan Covid adalah sangat tinggi. Justeru anda dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan wabak ini tidak merebak kepada individu lain.
Keperluan untuk menjalani swab test adalah bergantung kepada ujian penilaian tersebut, sekiranya anda bergejala dan mempunyai sejarah kontak rapat. Anda perlu menjalani test tersebut. Sila rujuk pihak berautoriti yang mengendalikan ujian penilaian tersebut, Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































