Sulit
3 tahun
Pening,keletihan,hilang selera makan
sebulan lalu sy mengalami hidung tersumbat,seperti sesuatu menghalang tekam,sakit kepala dan keletihan.saya juga hilang selera makan disertai rasa mual pada hari pertama.rasa tersebut berlarutan hingga hari ke 6 telinga saya terasa gatal dan keesokkan hari leher turut sakit berserta sakit telinga kerana luka saat sy menggunakan putik kapas sewaktu telinga gatal.sy d beri antibiotk dan baru2 ini sy mengalami sakit kepala bahagian dahi dan bahagian mata.hidung sy juga masih agak tersumbat walaupun agak tidak berhingus.kadang2 rasa sakit d tepinkepala dan belakang kepala.sy juga mengalami degupan jantung yangvlaju
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Otitis media
- Sinusitis
- Masalah tiroid
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.