
Sulit
4 tahun
Pening kepala apabila bangun dari tempat duduk
Hi doktor, saya wanita berusia 21 tahun, sejak lebih kurang sebulan ni saya sering pening kepala bila bangun dari tempat duduk atau dari baring . Saya pernah dengar dia ada kaitan dengan low blood pressure. boleh terangkam dengan lebih lanjut? Sebab kekerapan dia berlaku sangat tinggi sejak2 ni. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Tekanan darah rendah yang berlaku apabila pertukaran posisi dikenali sebagai postural hypotension. Ia berlaku akibat darah tidak pergi ke otak akibat terkumpul pada kaki atau jantung. Dehidrasi juga boleh menyumbang kepada masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.