
darinhananorhazli
5 tahun
Pening kepala dan sakit telinga
Saya perempuan dan berumur 15 tahun. 2 minggu lepas saya mengalami demam dan pening kepala . Selepas baik demam , pening kepala masih ada sampai sekarang. Saya juga mengalami sakit telinga dan mata. Sakit kepala biasa menyerang di dahi atau sehingga gigi . Penyakit apa ni ? Patutkah saya pergi hospital ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala di dahi dan rahang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sinusitis (keradangan rongga tengkorak)
- masalah gigi seperti gigi berlubang atau jangkitan gigi
- otitis (jangkitan telinga)
Memandangkan gejala yang dihadapi sehingga demam dan disertai gejala lain, sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar penyebab sebenar sakit diketahui dan dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.