
Sulit
4 tahun
Pening kepala lepas minum air yang manis
Sy wanita berumur 26 tahun. Sy jarang minum air manis. Baru2 ni selepas minum air coklat, kepala sy tetiba jadi pening & terasa berat, mata pula jadi gelap berpinar2… Perkara sama yang berlaku tahun lepas. Masa tu minum air berperisa mocha dalam bekas besar. Tapi sy anggap pening kepala biasa2 je…
Jadi nak tanya, perlu ke sy jumpa doktor?
Terima kasih atas pencerahan yg akan diberi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pening kepala.
Untuk makluman anda, banyak perkara boleh menyebabkan sakit kepala antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain, sakit kepala jenis migrain boleh bertambah buruk dengan sesetengah makanan seperti coklat.
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.