
Sulit
5 tahun
Pening kepala rasa macam nak pecah dan badan berpeluh tanpa henti
saya lelaki umur 21 tahun. saya mengalami pening kepala rasa macam nak pecah, berpeluh tanpa henti, sukar bernafas, tidak mengalami demam dan rasa gelisah selalu sejak 1 minggu setengah hampir 2 minggu.Pada 7 febuari saya ada pergi menonton bola sepak di stadium nasional bukit jalil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala berlarutan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migrain
- sakit kepala tekanan
- sakit kepala kerana jangkitan kuman (meningitis)
- sakit kepala kerana ketumbuhan dalam otak
- sakit kepala kerana Guillain-Barre syndrome (lazim apabila selepas sembuh dari jangkitan) dan biasanya ada masalah saraf yang lain
Selain itu, masalah sukar bernafas dan gelisah boleh disebabkan oleh masalah kelenjar tiroid atau masalah keresahan.
Oleh itu, kami memerlukan beberapa maklumat lagi dari anda untuk mencapai diagnosis penyakit dengan lebih tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.