Sulit
2 tahun
Pening kepala yang teruk, badan berpeluh banyak, demam dan rasa mual selepas menerima dose kedua vaksin semalam
Selepas menerima dose pertama vaksin saya mengalami haid tanpa henti tanpa rasa segugut dan darah haid keluar seperti biasa tidak banyak after 2 bulan tak datang haid dan saya mengalami demam , sakit kepala dan keletihan dan saya selera makan dan naik berat badan mendadak . Semalam saya menerima vaksin dose 2 dan saya mengalami demam , sakit kepala melampau , badan berpeluh dengan banyak, badan terasa dingin , rasa mual dan badan terasa ringan dan haid saya masih ada tapi sikit seperti nak habis . Kali ini badan saya rasa keletihan melampau dan sakit kepala sangat sangat sakit dan berasa kurang lalu makan. Saya rasa risau dan emosi saya juga tidak stabil selalu nak marah ;(
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan daripada vaksin covid 19 antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Berdasarkan kepda gejala yang anda nyatakan di atas, ia boleh disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksin seperti saya nyatakan di atas. Jika keadaan anda bertambah buruk, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini