
Sulit
5 tahun
Pening loya berterusan
Bulan 4 Period saya pada 15hb - 17hb dan tidak banyak seperti selalu. Dan pada bulan 5 period saya lewat selama 15hari, pada 30/5 baru period still sama tak banyak penuh pad. Sepanjang selepas habis period bulan 4 sampai tarikh harini 9 jun 2020 saya masih pening loya kadang muntah2. Even dah period pun still sama pening loya, muntah jarang sekali. Cuma pening loya tu kuat sangat. Dua tiga hari sebelum period bulan 5 saya ada check upt sebab lewat period kan tapi negatif. Cuma sekarang saya nak tahu apa kan punca pening loya saya tidak hilang2. Masa bulan 4 saya pernah sekali sakit perut yg terlampau sakit dan rasa nak muntah. Pukul 2pagi saya ke tandas utk buang air besar sekali gus saya termuntah. Apakah saya menghidapi penyakit apa2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- kehamilan.
Anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu. Loya boleh disebabkan pelbagai faktor dan sindrom premenstrual juga blh menyebabkannya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.