
Sulit
3 tahun
Pening-pening & pitam
Hi dokter ,mak saya umur 47 tahun ,dalam berapa hari ni mak saya rasa pening-pening nak pitam selepas tu kaki mak saya rasa sejuk-sejuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah mak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah mak anda. Antaranya adalah:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan (anxiety), kemurungan (depression), stres
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.