
muadzainal
5 tahun
Penumpang AK5651 3hb March
Saya salah seorang penumpang AK5651 pada 3hb March tempoh hari. Perlu kah saya membuat ujian saringan Covid-19? Jika perlu, siapakan yang perlu saya hubungi atau dimana perlu saya pergi untuk membuat ujian tersebut. Lokasi saya di kawasan Kuala Lumpur/Selangor.

5 tahun
Selamat Sejahtera
Oleh kerana anda menaiki kapal terbang tersebut, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Klinik kesihatan atau mana-mana hospital kerajaan terdekat ada menyediakan ujian saringan namun bagi mereka yang berkategori risiko tinggi.
Buat masa ini, anda boleh memantau gejala COVID-19 seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini